fbpx

TENTANG KAMI

TENTANG KAMI

Sebagai sebuah syarikat sosial oleh Pertubuhan Derma Amanah Muslimin Singapura (MTFA), Ihsan Casket menawarkan perkhidmatan pengebumian Islam yang berpatutan untuk menyokong masyarakat kami sambil mematuhi amalan Islam yang dianjurkan untuk memastikan bahawa martabat dan mutu tidak terjejas dalam proses tersebut.

100% UNTUK KEBAJIKAN

Di Ihsan Casket, kami melakukan lebih daripada sekadar memenuhi fardu kifayah. Kami berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan.

Semua hasil pendapatan daripada Ihsan Casket akan disalurkan untuk menyokong pelbagai usaha kebajikan oleh MTFA seperti menyediakan tempat tinggal yang selamat dan pendidikan untuk anak-anak yatim dan kanak-kanak yang berisiko, memberi subsidi kewangan untuk pesakit ginjal dan menyokong para pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan

TENTANG MTFA

TAHUN BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT SINGAPURA

Ditubuhkan pada 25 Jun 1904, Pertubuhan Derma Amanah Muslimin Singapura (MTFA) merupakan antara badan Islam yg tertua dan paling aktif di Singapura.

Diasaskan oleh Tuan-Tuan Mohamed Alsagoff, Abdulcader Alsagoff, Ahmad M.S. Angullia, Mahboob bin Fazal, M. Mohamed, Mohamed Idid dan Hadjee Mohamed Hakim, pertubuhan ini ditubuhkan ketika zaman penjajahan di mana tidak terdapat pada waktu itu sebuah badan rasmi yg dapat menjaga kemaslahatan kaum Muslimin di Singapura daripada kalangan mereka yang miskin dan tidak berkemampuan. Tujuan mereka adalah untuk menyalurkan bantuan kepada gologan ini meniti hari-hari kesusahan.

Lebih daripada satu abad kemudian, MTFA terus menegakkan warisan pengasas melalui pengamalan nilai-nilai Islam dan perkhidmatan kepada masyarakat dengan penuh kesungguhan dan keihsanan.

MTFA kini mengendalikan dua buah rumah anak yatim dan memberikan sokongan kebajikan tahunan dan dana pendidikan untuk ribuan orang Islam yang kurang bernasib baik di Singapura. Pada tahun 2018, ia juga membuka pusat dialisis pertama (Pusat Dialisis MTFA) yang menawarkan rawatan bersubsidi untuk semua warga Singapura dan Penduduk Tetap yang menghidap penyakit ginjal kronik, tanpa mengira bangsa atau agama mereka.

Ketahui lebih lanjut mengenai MTFA di sini.

Maklumat Perhubungan

5 Mattar Road, Singapore 387713

Tel: 8858 7556 (24 hours)

E-mel: [email protected]