fbpx

SOALAN LAZIM

Anda ada soalan? Kami bersedia menjawab. Sekiranya anda tidak melihat soalan anda di sini, sila hubungi kami.

S: Bolehkah saya meminta perkhidmatan tambahan

J: Sila hubungi kami untuk bercakap dengan wakil kami supaya kami dapat memahami keperluan anda dengan lebih baik.

S: Apakah kaedah pembayaran yang anda terima?

J: Kami menerima wang tunai, PayNow, NETS dan cek.

Untuk PayNow, sila masukkan nombor UEN kami 53411473C.

Untuk cek, sila buat pembayaran cek atas nama Ihsan Casket.

S: Saya ingin menjadi sukarelawan dengan Ihsan Casket. Apakah yang patut saya lakukan?

J: Terima kasih atas niat baik anda untuk menjadi sukarelawan bersama kami. Anda boleh menghantar e-mel kepada kami di [email protected].

S: Adakah Ihsan Casket adalah syarikat berdaftar di Singapura

J: Ya Kami berdaftar dengan Accounting and Corporate Regulatory Authority (ACRA). Nombor UEN kami ialah 53411473C.

S: Cara-cara Pendaftaran Kematian di Singapura

J: Semua kematian di Singapura mesti dilaporkan dalam masa 24 jam. Anda boleh mendaftarkan kematian di mana-mana Pos Polis Kejiranan atau Ibu Pejabat Polis. Tiada yuran untuk pendaftaran kematian. Pendaftaran dan kutipan Sijil Kematian akan dilakukan secepat mungkin.

Anda perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut:

  • Sijil Punca Kematian (CCOD) yang dikeluarkan oleh Doktor
  • Kad Pengenalan si mati (NRIC dan/atau pasport) untuk pembatalan
  • Kad Pengenalan anda (NRIC atau pasport). Orang yang mendaftar kematian tidak perlu berkaitan dengan si mati.

Sekiranya berlaku kematian di rumah, anda perlu memanggil doktor untuk mengesahkan kematian. Anda juga boleh menelepon Syarikat Pengurusan Jenazah kerana mereka mempunyai doktor yang bekerjasama  dengan mereka untuk mengesahkan kematian.

Maklumat Perhubungan

5 Mattar Road, Singapore 387713

Tel: 8858 7556 (24 hours)

E-mel: [email protected]