fbpx

Pengebumian Islam dan Pengurusan Jenazah

Pengurusan Jenazah

Apabila seseorang hamba Allah Subhaanahu wa Ta’ala meninggalkan dunia menuju ke alam barzakh, agama Islam telah menentukan cara yang khas untuk pemergiannya, yang dimana akan disemai dengan penuh penghormatan. Kami diperintahkan untuk memandikan jenazah dengan cara sebagaimana orang yang hidup memperoleh kesucian. Selesai dimandikan, jenazah dikafan dengan pakaian yang terbaik, bersih dan kemas. Ini diikuti oleh Solat Jenazah di mana kita berdoa memohon keampunan dan rahmat Allah Subhaanahu wa Ta’ala untuk si mati. Selepas itu, jenazah dibumikan di perkuburan.

Nasihat Bagi Mereka Yang Memandikan Jenazah

  • Pastikan jenazah dimandikan di tempat yang tertutup.
  • Sebaik-baiknya si pemandi itu dalam keadaan berwudhu apabila hendak memandikan jenazah.
  • Ia adalah Makruh bagi si pemandi dalam keadaan janaabah, haidh atau nifaas untuk memandikan jenazah.
  • Dilarang untuk menyampaikan apa yang disaksikan semasa memandikan jenazah kepada orang lain.

Cara-cara Memandikan Jenazah 

  • Jenazah diletakkan di atas tempat mandi yang di sediakan oleh pengurusan jenazah.
  • Jenazah hendaklah ditutupi denga kain semasa pemandian. Tanggalkan pakaian atau tag hospital (jika ada) dari badan.
  • Mengusap perut dengan lembut. Memakai sarung tangan, tanpa melihat, membersihkan kedua-dua tempat Istinjak. Dilarang menyentuh aurat jenazah tanpa berlapik.
  • Gunakan kapas basah dalam satu gulungan kecil untuk membersihkan mata, hidung dan di depan gigi.
  • Mewudhukan jenazah tanpa memasukkan air di dalam hidung atau mulut.
  • Bersihkan tubuh jenazah dengan air dan sabun, bermula dari kepala (rambut, muka dan janggut lelaki), kemudian bahagian atas kanan badan kemudian sebelah kirinya, selepas itu sebelah kanan bawah, kemudian sebelah kirinya.
  • Untuk jenazah wanita, rambutnya perlu melonggarkan (tanpa diikat), dibasuh, disapu, dan dipintal dalam tiga selepang, dan diletakkan di belakang kembali
  • Dimandikan jenazah satu kali, atau tiga kali, atau tujuh kali, seperti yang diperlukan.
  • Miringkan tubuh jenazah ke sebelah kiri dan bersihkan bahagian belakang dengan air dan sabun. Kemudian, miringkan tubuh jenazah ke kanan dan basuh belakang dengan cara yang sama.
  • Akhir sekali, siramkan air yang dicampur dengan kapur barus dari kepala ke kaki 3 kali.
  • Keringkan badan dengan tuala bersih. Pastikan aurat jenazah sentiasa tertutup pada setiap masa.
  • Bersedia untuk mengkafankan jenazah.

Pengkafanan Jenazah

Jenazah akan dikafankan sejurus selepas pemandian. Digalakkan untuk menggunakan kain yang tidak mahal untuk mengkafankan jenazah. Kain yang digunakan berwarna putih tidak mempunyai jahitan, bukan dari sutera, atau yang mengandungi emas. Paling sedikit, mengkafani jenazah dengan satu helai kain. Sunnah mengkafankan dengan tiga helai kain bagi jenazah lelaki dan lima helai kain bagi jenazah wanita.

Sebaik sahaja jenazah dikafankan, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat-handai diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada si mati dengan berdoa untuk si mati. Oleh itu, pengumuman umum mengenai orang yang telah meninggal dunia hendaklah dibuat kerana ia adalah hak seorang muslim yang mati ke atas mereka yang ditinggal (yang hidup) supaya mereka dapat menghadiri Solat Jenazah. Solat Jenazah, pada kenyataannya adalah berdoa untuk si mati. Solat Jenazah mempunyai 4 takbir, tiada Ruku’ dan Sujud. Bagi jenazah lelaki, Imam berdiri di bahagian kepala jenazah dan bagi jenazah wanita, Imam berdiri di bahagian tengah jenazah.

Tatacara Solat Jenazah

  • Niat Solat Jenazah

(Bagi jenazah lelaki)

اُصَلِّى عَلَى هٰذَا الْمَيِّتِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ الْكِفَايَةِ مَأْمُوْمًا لِلّٰهِ تَعَالَى
Usolli ‘Alaa Haadzal Mayyiti Arba’a Takbiraatin Fardhol Kifaayati Ma’muuman Lillahi Ta’ala

(Bagi jenazah wanita)

اُصَلِّى عَلَى هٰذَا الْمَيِّتَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ الْكِفَايَةِ مَأْمُوْمًا لِلّٰهِ تَعَالَى
Usolli ‘Alaa Haadzihil Mayyitati Arba’a Takbiraatin Fardhol Kifaayati Ma’muuman Lillahi Ta’ala

  • Selepas Takbir yang pertama, kita membaca Suratul Fatihah
  • Selepas Takbir yang kedua, membaca selawat ke atas Rasulullah (Sollahu Alaihi Wa Sallam):

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad

  • Selepas Takbir yang ketiga, baca du’a untuk si mati:

(Bagi jenazah lelaki)

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Allahumagfirlahu Warhamhu Wa‘afiha Wa‘fu ’Anhu

(bagi jenazah wanita)

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Allahumagfirlaha Warhamha Wa‘afiha Wa‘fu ’Anha

  • Selepas Takbir yang ke empat, baca du’a berikut:

(Bagi jenazah lelaki)

اَللّٰهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ
Allahumma Laa Tahrimna Ajrohu Wa Laa Taftinna Ba’dahu Waghfirlana Wa Lahu

(Bagi jenazah wanita)

اَللّٰهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهَا وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهَا وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهَا
Allahumma Laa Tahrimna Ajroha Wala Taftinna Ba’daha Waghfirlana Wa Laha

  • Di akhiri dengan Salam:

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barokaatuh

Proses Pengebumian

Pengebumian dijalankan sejurus selesai Solat Jenazah. Apabila tiba di tanah perkuburan, ahli keluarga dihendaki membantu mengangkat jenazah dari van jenazah ke tapak pekuburan. Penting bagi ahli keluarga terdekat si mati untuk mengetahui tentang proses pengebumian.

Langkah Penurunan Jenazah ke dalam Kubur

  • Jenazah dibawa dan diletak di tepi lubang kubur yang disiapkan.
  • Tiga atau empat orang harus turun ke dalam kubur untuk menerima jenazah daripada beberapa orang di luar.
  • Apabila jenazah bersemadi di atas tanah, wajib memiringkan seluruh tubuh jenazah ke arah Qiblat.
  • Lepaskan ikatan tali dan buka kain di bahagian muka jenazah. Sunnah meletakkan seketul tanah di bawah hidung jenazah.
  • Kemudian ambil papan long untuk menutupi jenazah.
  • Wakil NEA akan menggunakan jengkaut untuk mengisi tanah ke dalam kubur. Ahli keluarga perlu bergerak jauh dari kawasan kubur sementara pengisian tanah sedang dijalankan.
  • Akhirnya, diikuti oleh pembacaan Talqin dan do’a.

Maklumat Perhubungan

5 Mattar Road, Singapore 387713

Tel: 3138 4022 (24 hours)

E-mel: [email protected]